Friday, January 18, 2013

Datang sekali

Hidup,
Apa yang harus aku ceritakan pada kau saat ini?
Susah mahu aku susunkan ayat ini biar jelas
Biar mudah bagi kau selami.

Apa lagi yang harus aku lalui lagi setelah apa yang tuhan tuliskan untuk aku?
Kerana sampai ke hari ini, aku masih lagi tak mengerti isi kandungan yang tuhan sudah susunkan buat aku
Bab demi bab, muka surat demi muka surat, tapi hari itu masih belum datang.
Apa yang sedang tuhan bicarakan padaku? 
Mungkin muka surat terakhir aku dibiar sepi atau memang aku tak punya akhiran?
Mati...

Hidup,
Maafkan aku jika aku membuat kau semakin sukar,
Semakin sempit untuk bernafas dan semakin lemah untuk berjalan.
Tapi aku janji,
Aku janji akan teruskan halaman-halaman muka suratku dengan ayat-ayat yang tersusun indah,
Ayat yang engkau suka,
Ayat yang aku cinta.

Hidup, ingin aku berterima kasih.
Terima kasih untuk perjalanan dan pengajaran
Terima kasih kerana telah datang sekali untuk aku.










No comments:

Post a Comment

Lets talk about it here