Tuesday, January 22, 2013

Bila Aku Sudah Sedia

Sudah sedikit mengerti tentang semua ini.
Sudah mahu mengerti,
Sudah mahu belajar.

Tapi aku masih lagi mencari sebab dalam setiap perkara. 
Aku tak tahu mengapa aku takut kalau kau hilang. 
Yakin, aku yakin ini bukan soal hati.
Hati aku tak butuhkan kau, tapi perasaan takut akan hilangnya seseorang yang selalu ada untuk aku. 
Ya, itu.

Sukar sikit nak menerima kepergian kau, tahu.
Yakinlah, aku tidak mencintai kau, tidak. Entah kenapa aku jadi begitu takut. Mungkin masa lepasku.
Masa lepasku mengajar aku untuk tidak membuka hati aku lagi buat sesiapa pun. 

Paling sedih bila dengar, "Lepas ni, kita tak perlu contact dah. Buat lah hidup masing-masing." Air mata aku jatuh, hati sebak. Aku seakan-akan takut dengan perpisahan. 
Aku tahu aku tak patut kaitkan masa lalu aku dengan sekarang. Tapi...

Masa lepas aku sangat perit. Aku hampir menjadi gila.
Aku terasa yang aku sememangnya takut dengan perpisahan.
Tak peduli kalau aku punya atau tak perasaan terhadap orang itu, kalau katanya berpisah,
aku pasti gelisah dan mula sebak. Air mata mula jatuh.

Ya tuhan, 
Sesungguhnya aku tak cintai dia dan sedikit pun hatiku ini bukan untuk dia, dan bukan untuk siapa siapa.
Kalau adapun,
Kau kirimlah, jodoh.
Berilah aku kekuatan dalam apa jua pun keadaan perpisahan.
Kalau bukan hari ini, berilah padaku bila aku sudah sedia. 

















No comments:

Post a Comment

Lets talk about it here